Android dan iOS."> Android dan iOS." /> Android dan iOS." />

Apex Legends Akan Lancar Di Android & iOS, Ikut Haluan PUBG Mobile Dan Fortnite

Electronic Arts (EA) sedang merancang untuk membawakan Apex Legends ke peranti telefon pintar. Sebelum ini, kami pernah melaporkan ura-ura yang mengatakan permainan battle royale dalam dunia Titanfall bakal muncul di Android dan iOS.

Apex Legends mula dilancarkan pada bulan Februari tahun ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan pemain sehingga mencecah 50 juta pemain dalam tempoh singkat.

Menurut laporan kewangan EA, permainan dibangunkan oleh Respawn Entertainment ini merupakan “siri paling berkembang pesat” yang pernah dicatatkan dalam sejarah EA. Untuk memperbesarkan lagi siri ini, EA sedang dalam sesi rundingan bagi melancarkan versi mobile untuk Apex Legends ke negara China dan Korea.

Ini tidaklah begitu mengejutkan kerana ia adalah jelas bahawa EA cuba untuk jadi relevan di samping permainan battle royale percuma yang popular seperti Fortnite dan PUBG Mobile. 

Selain itu, laporan sama mengatakan Apex Legends berjaya menarik minat pemain baru ke platform khas EA, Origin iaitu sebanyak 30 peratus.

Baru-baru ini, Respawn telah lancar Battle Pass musim pertama untuk Apex Legends dan gigih untuk membanteras gejala cheating mengharamkan hampir 700,000 akaun pemaindengan yang melakukan kesalahan tersebut.

Meskipun permainan ini baru sahaja dilancarkan, EA komited untuk memperkembangkan lagi kandungan live-service dan komuniti yang akan diumumkan di persidangan EA Play pada bulan Jun.

Sumber: The Verge

RELATED NEWS

+