Battlefield™ Mobile Open Beta#1 kini dibuka di Malaysia

Buat peminat setia francais Battlefield anda akhirnya dapat main beta terbuka Battle Mobile.

Battlefield Mobile menekankan taktikal bebas di mana pemain dapat memilih class dan loadout anda sendiri untuk bertempur di dalam peta yang penuh peluang strategi.

Pemain yang hebat dapat menyesuaikan diri untuk memastikan pasukan mereka menang.

Beta terbuka ini juga akan hadir ke beberapa negara lain termasuk Filipina, Singapura, Indonesia dan Thailand.

Versi beta ini akan membawa mod Conquest dan Team Deathmatch serta tiga peta baru termasuk peta Battlefield 3 versi mudah alih iaitu Noshahr Canals dan Grand Bazaar.

Sudah semestinya pemain dapat menggunakan beberapa jentera komander di medan perang.

Namun, Battlefield Mobile hanya untuk pengguna Android sahaja setakat ini.

Untuk bermain Battlefield Mobile peranti Android anda perlu mempunyai spesifikasi ini:

  • Android 8.0 kehadapan
  • Snapdragon 835 atau lebih baik
  • Exynos 9 (8895) atau lebih baik
  • Sekurang-kurangnya 3 GB RAM
  • Sekurang-kurangnya 2 GB ruang simpanan
  • Sistem 64bit

Jangan lupa daftar beta terbuka anda di Google Play.

RELATED NEWS

+