Beberapa pemain profesional Apex Legends telah diserang seorang penggodam ketika pertandingan Apex Legends Global Series (ALGS).
Hal ini menjadi tanda tanya ramai pihak dan sudah semestinya telah merosakkan integriti pertandingan kompetitif e-sukan Apex Legends.
Pemain TSM ImperialHal dan pemain DarkZero Genburten adalah antara pemain yang telah digodam ketika pertandingan tersebut.
Genburten pada mulanya bermain seperti biasa dan secara tiba-tiba permainannya beku sementara dan terus ditukarkkan kepada mod observer.
Boleh dikatakan Genburten telah digodam dengan wallhacks.
“Aku digodam, aku digodam,” ujarnya dengan penuh kemarahan dan terus keluar daripada permainan itu untuk mengelak merosakkan integriti kompetitif.
MULTI BILLION DOLLAR ESPORT BTWW pic.twitter.com/e1B9lfDt3C
— DZ_Genburten (@Genburten) March 18, 2024
Tidak lama selepas itu ImperialHal pula terkena dengan penggodam dan diberikan aimbot ketika perlawanan.
An Apex Legends hacker has just given ImperialHal aimbot in the middle of ALGS…
Never seen anything like this wtf pic.twitter.com/OZRvSrEVeL
— Jake Lucky (@JakeSucky) March 18, 2024
Selepas menembak sekali tiba-tiba pelurunya dan bidikan terus pergi ke pemain musuh seterusnya.
“Aku ada aimbot, bagitahu mereka aku ada aimbot!,” ujar ImperialHal dan dia kemudian terus mengangkat tangan menunjukkan itu bukan godaman yang dibuat olehnya.
ImperialHal kemudian telah diharamkan terus oleh sistem anti-penggodaman Apex Legends.
Pasukan e-sukan Apex Legends mengeluarkan kenyataan mereka akan memberhentikan pertandingan tersebut kerana integriti pertandingan telah rosak disebabkan kejadian ini.
Dipercayai, penggodam tersebut adalah Destoyer2009 yang sangat dikenali ramai sebagai penggodam “terkenal” Apex Legends.
Dalam chat Genburten, dapat dilihat nama Destroyer2009 muncul setelah dia berjaya menggodam pemain itu.
Tidak kira apalah cara untuk menggodam, hal ini merupakan pelanggaran besar server EA dan Respawn ketika ALGS.