EA hentikan jualan permainan video digital di Rusia dan Belarus

Electronic Arts (EA) yang mengeluarkan Battlefield, The Sims, FIFA dan beberapa permainan video lain kini memberhentikan jualan digital di Rusia dan Belarus.

Mereka juga ada membuat pengumuman ini di laman sesawang rasmi EA.

EA pada mulanya membuang beberapa pasukan Rusia dan Belarus dari permainan video sukan mereka.

Kini Origin juga memberhentikan penjualan ini.

Boleh dikatakan EA juga bekerja dengan beberapa syarikat lain seperti PlayStation dan Xbox untuk membuang permainan video mereka di pelantar lain untuk Rusia dan Belarus.

EA juga pernah memberhentikan beberapa permainan video di Rusia baru-baru ini seperti pack baru The Sims 4 apabila Rusia mengekalkan anti-LGBTQ.

RELATED NEWS

+