Go! Go! Loser Ranger! – Anime ‘Super Sentai’ campur The Boys

Go! Go! Loser Ranger! adalah anime Super Sentai dengan penceritaan superhero lain dari yang lain.

Dari memberi fokus kepada superhero, anime ini memberi fokus kepada villain yang mahu membalas dendam dengan menjadi Sentai.

Sudah semestinya walaupun dengan elemen Super Sentai, anime ini mempunyai banyak babak pertumpahan darah dengan tema yang sangat matang.

Sangat tidak sesuai untuk kanak-kanak walaupun ada Super Sentai.

Cerita ini bermula apabila Monster Army datang menyerang Bumi 13 tahun lepas.

Divine Dragon Rangers muncul untuk menghalang mereka dan menyelamatkan Bumi serta kini menjadi benteng pertahanan terakhir Bumi.

Dark Power Rangers Anime Gets First Trailer And Release Date

Namun semuanya indah khabar dari rupa, kesemua penjajah dari angkasa itu sebenarnya telah ditangkap dan dikalahkan pada tahun pertama lagi.

Mereka kini dikerah untuk menjadi hamba abdi mengeluarkan raksasa baharu setiap minggu semata-mata untuk Rangers membuat wang dan menjadi terkenal untuk peminat mereka.

Tetapi satu raksasa bawahan tidak lagi mahu membuat kerja ini dan dia mahukan perubahan.

Bagaimana untuk kalahkan Dragon Rangers? Dia masuk ke akademi untuk menjadi Dragon Rangers.

Anime ini dijangka keluar pada 7 April ini.

 

RELATED NEWS

+