Pameran rumah seram artis terkenal dunia Junji Ito Horror House tiba di Malaysia!

Pameran Rumah Seram Junji Ito kini tiba di Malaysia.

Dari doppelgangers menyeramkan siri ”Hanging Balloon” dan lensa sumpahan “Tomie”, anda boleh melihat banyak karya terhebat Junji Ito di pameran ini.

Junji Ito kerap menjadi rujukan untuk genre seramnya dengan portfolio lebih 100 cerita seram termasuk cerita terkenal seperti ”Uzumaki” dan ”Tomie”.

Ito adalah guru terhebat dalam memasukkan elemen seram yang buat anda tidak tenang dalam kehidupan seharian.

Terdapat beberapa dewan iaitu Hall A, Hall B dan Hall C dimana kesemuanya menunjukkan 13 bilik yang dihias khas mengikut cerita dan babak ikonik dari manga dan anime siri Junji Ito.

Pelawat juga boleh ke pameran ini secara berkumpulan sehingga lapan orang bermula dari dewan A ke dewan C.

Harga tiket untuk pameran Junji Ito:

Pameran ini akan dianjurkan di LaLaport BBCC mulai 28 September hingga 30 November ini.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi Junji Ito Horror House.

RELATED NEWS

+