Ini kelebihan Ash, watak baru Apex Legends

Musim ke-11 Apex Legends bakal hadir dalam beberapa minggu lagi dan akan memperkenalkan pelbagai konten baharu yang pemain dapat nikmati pada musim itu.

Antaranya adalah watak robot simulacrum Ash. Watak ini diperkenalkan dalam permainan Titanfall 2 dan menjadi perlawanan bos yang menghalang protagonis untuk terus mara. Kini, beliau menjadi seorang watak yang boleh dimainkan di Apex Legends.

Kini, kita dapat mengetahui serba sedikit tentang kelebihan atau ability watak ini.

Arc Snare

Kelebihan ini adalah kelebihan perangkap yang akan memerangkap musuh dengan renjatan elektrik yang mungkin memberi kesan seakan-akan Arc Star. Kelebihan ini seakan-akan Tether Trap dari mecha Northstar di Titanfall 2.

Kelebihan ini amat berguna lebih-lebih lagi melawan Legend yang amat licik seperti Octane atau Pathfinder.

Phase Breach

Kelebihan Ultimate Ash, kuasa ini seakan-akan kuasa Wraith di mana Ash akan muncul ke suatu lokasi yang dipilih, namun ahli pasukan tidak dapat mengikuti Ash. Kuasa ini sungguh berguna untuk menyerang hendap musuh atau untuk melarikan diri.

Sedikit fakta menarik: Phase Breach juga adalah kuasa Ash dalam Titanfall 2.

Marked for Death

Ash akan dapat melihat lokasi kotak kematian baru-baru ini dan jika ada pemain yang masih hidup berada berdekatan, dia akan dapat menjejakinya. Walaupun ia tidak sekuat kebolehan watak Recon yang lain, ia boleh menjadi sangat berguna untuk memburu pemain yang melarikan diri dan menghalang mereka daripada menghidupkan semula rakan sepasukan mereka.

Memandangkan Ash adalah seorang Pilot yang mengemudi Titan di permainan Titanfall 2, watak ini mungkin akan menjadi lebih kuat berbanding watak lain dalam barisan watak di Apex Legends. Namun, kami yakin bahawa Respawn sudah mengimbangi watak ini agar sesuai untuk dimainkan.

Musim ke-11 Apex Legends akan dilancarkan pada 2 November di semua pelantar yang berkenaan.

RELATED NEWS

+