Apex Legends: Respawn Lancar Perang Terhadap Cheaters, Ban 355,000 Penipu Di PC

Respawn tidak memberi peluang kepada penipu licik dalam Apex Legends.

Pembangun ini mendedahkan mereka telah ban seramai 355,000 penipu di PC menurut Reddit baru-baru ini. Ia adalah initiatif yang telah ditekankan sejak dari pelancaran game battle royale pada awal Februari. Pada bulan lepas, mereka telah memberhentikan kira-kira 16,000 pemain melakukan kesalahan menipu (cheating).

Respawn menggunakan servis Easy-Anti-Cheat berfungsi untuk mengesan dan menghalang godaman dan penipuan dalam game multiplayer bagi platform PC. Easy-Anti-Cheat ini turut digunakan game lain seperti Fortnite, For Honor dan The Division 2.

Pengurus komuniti Respawn, Jay Frechette berkata, “Servis ini berguna untuk menentang penipu tetapi ini usaha kami untuk ‘memerangi’ helah penipuan dan kami sentiasa berwaspada kerana kami ambil kesalahan menipu secara serius.”

Buat masa sekarang, beberapa penambahbaikan sedang dijalankan tetapi perkara berkenaan tidak diperincikan secara halus. Walaubagaimanapun, Respawn berkongsi info ini bersama pemain Apex Legends:

  • Berhubung dengan pakar-pakar di dalam dan di luar EA bagi memahami mekanik penipuan.
  • Memperuntukkan lebih banyak sumber untuk pasukan anti-cheat
  • Menambah masuk ciri laporan terus ke Easy-Anti-Cheat dari dalam game ntuk melaporkan penipu di PC.

Respawn juga sedar akan pemain yang ‘spam‘ di bahagian character selection semasa permulaan perlawanan dan terus terputus hubungan daripada game. Oleh itu, mereka sedang merangka strategi untuk membendung spam ini tetapi keputusan tidak akan hadir dalam masa singkat.

Ramai pemain Apex Legends mahukan reconnect feature iaitu membolehkan pemain untuk masuk semula ke perlawanan sekiranya terkeluar daripada game. Namun, Respawn enggan untuk fokus terhadap ciri ini kerana ia boleh mengakibatkan masalah penyalahgunaan dan memerlukan banyak sumber untuk bangun, uji dan lancar yang sepatutnya digunakan untuk seimbang isu-isu lain.

Bagi pengguna PC yang asyik crash ketika bermain Apex Legends, orang dari AMD dan Nvidia sudah singgah ke Respawn untuk membincangkan isu kestabilan dan prestasi yang sebaik mungkin di PC. Perkara ini akan diterapkan dalam patch baru khas untuk PC bagi membaiki masalah-masalah ini.

Penambahbaikan ini lebih tertumpu kepada pengguna PC kerana banyak masalah ini kerap berlaku di PC dan agak jarang berlaku di PS4 dan Xbox One. Memandangkan seramai 50 juta pemain membanjiri Apex Legends dalam masa sebulan tanpa memerlukan promosi besar-besaran seperti game triple A lain, Respawn perlu bekerja keras untuk memastikan nombor itu konsisten.

RELATED NEWS

+