Fasa beta tertutup Battlefield Mobile akan bermula akhir bulan ini

Battlefield Mobile kini bersiap sedia untuk fasa ujian beta tertutup baharu yang ditetapkan untuk dibuka akhir bulan ini.

Semasa sesi Soal Jawab laporan pendapatan Q3 mereka, CEO Electronic Arts, Andrew Wilson  mengesahkan bahawa permainan itu akan memasuki ujian beta tertutup akhir bulan ini.

Beliau juga berkata bahawa terdapat beberapa penambahbaikan dan ujian yang perlu mereka lakukan untuk permainan itu dimainkan dengan lancar.

Sebelum ini, Battlefield Mobile pernah memasuki fasa ujian alpha untuk tempat-tempat tertentu tetapi permainan dilihat dalam fasa awal dan perlu lebih penambahbaikkan sebelum dapat dilancarkan.

Memandangkan itu hanyalah peringkat alpha, mungkin terdapat perubahan untuk menjadikan permainan kelihatan dan bermain lebih baik kerana jarak masa antara peringkat alpha dan beta tertutup ini agak lama.

Peringkat beta terutup ini juga bermakna bahawa ia akan terbuka bagi yang sudah berdaftar. Buat masa ini, EA belum mengumumkan cara pendaftaran untuk menyertai beta tertutup Battlefield Mobile.

Selain beta Battlefield Mobile, Apex Legends Mobile juga akan melancarkan peringkat beta ia tersendiri.

Sumber rujukan: Comicbook.com

RELATED NEWS

+