“Bagi balik duit kami!” Lebih 150,000 tandatangan petisyen tuntutan semula wang untuk Battlefield 2042

Battlefield 2042 dibelenggu masalah daripada hari pelancaran permainan lagi. Pemain juga melaporkan bahawa EA dan DICE melanggar janji mereka dengan pelbagai video yang menunjukkan gaya permainan yang lain, rupanya apabila dilancarkan, sungguh lain.

Mereka juga berjanji untuk memperbaiki permainan, tetapi selepas lebih kurang empat bulan sejak pelancaran, permainan masih sama.

Kini, pemain menuntut semula wang mereka melalui petisyen.

Sedutan petisyen di atas menerangkan sebagai sebuah ‘kutukan kepada setiap pelanggan yang membeli permainan video ini dengan harga AS$70 (RM293) disebabkan oleh pengiklanan palsu EA.’

Walaupun ramai pemain yang sudah melangkau polisi pulangan wang untuk platform yang dimainkan, permainan Cyberpunk 2077 pernah melalui fasa yang sama, dan mogokan pemain-pemain ini berjaya menerapkan kesedaran kepada CD Projekt Red, iaitu pembangun permainan itu. CD Projekt Red mengembalikan wang dan berjanji untuk memperbaiki permainan itu.

Kini, Cyberpunk 2077 adalah sebuah permainan yang cantik serta berjalan dengan lancar berbanding pada tarikh pelancaran.

Pemain berharap dapat mengulangi kejayaan itu dengan Battlefield 2042.

Jika anda berminat, anda boleh menandatangani petisyen itu melalui pautan ini.

Sumber rujukan: Change.org

RELATED NEWS

+