Apex Legends Mobile secara rasmi ditutup hari ini – Ramai peminat sedih

Respawn Entertainment secara rasminya telah menutup server Apex Legends Mobile hari ini.

Permainan ini hanya bertahan tidak sampai setahun dan bermula pada 17 Mei 2022 dan ditutup hari ini 2 Mei tahun ini.

Semasa pelancaran, permainan ini berjaya mendapatkan 22 juta muat turun dan $ASD 13 juta (RM) dalam bulan pertama pengeluaran.

Malah Google dan Apple sendiri menamakan Apex Legends Mobile sebagai permainan video terbaik  mudah alih untuk pelantar mereka.

Tetapi Apex Legends Mobile ditutup begitu sahaja kerana faktor eksklusiviti dari francaisnya.

Peminat-peminat di laman tidak rasmi Facebook Apex Legends Mobile Malaysia juga mengucapkan selamat tinggal kepada permainan video kegemaran mereka.

Ramai mengucapkan kesedihan mereka dengan penutupan Apex Legends Mobile.

Mungkin setakat ini sahaja perjalanan Apex Legends Mobile.

Apex Legends Mobile versi China juga akan dilancarkan nanti dengan nama High Energy Hero.

Tetapi Respawn Entertainment tidak lagi menyerah kalah kerana Apex Legends di pelantar lain bakal memulakan Musim ke-17 yang akan bermula 9 Mei ini dengan Legend baru iaitu Ballistic.

 

RELATED NEWS

+