Aplikasi Facebook Gaming Akan Dilancarkan Secara Global

Apabila bercakap tentang aktiviti livestreaming, aplikasi dan laman web yang selalunya disebut adalah Twitch dan YouTube. Kebelakangan ini, livestreaming di Facebook juga menjadi semakin popular dan nampaknya mereka mahu bertanding secara serius dengan dua jenama yang disebut tadi.

New York Times (NYT) telah melaporkan bahawa Facebook akan melancarkan sebuah aplikasi khusus untuk gaming tidak lama lagi. Aplikasi tersebut akan memberikan fokus kepada pembuat dan penonton livestream.

Sebenarnya pengguna Android di Asia Tenggara sudah boleh muat turun aplikasi ini di Google Play Store. Ia dilancarkan di Malaysia pada 15 April 2020. Melalui aplikasi ini, anda boleh cari dan tonton livestream dengan sangat mudah.

Bagi streamer pula, ia memudahkan kerja anda kerana anda boleh stream permainan mudah alih dengan hanya menekan butang “Go Live” di halaman utama.

Menurut laporan NYT, aplikasi tersebut akan dilancarkan untuk Android dahulu di Google Play Store. Pelancaran versi iOS akan tiba kemudian.

Selain daripada livestream, aplikasi ini juga menawarkan beberapa permainan kasual seperti Basketball FRVR, Pop Stone 2, dan banyak lagi. Kesemuanya boleh dimain secara percuma.

Facebook kini mempunyai lebih daripada 2.5 bilion pengguna. Ini meletakkan ia pada posisi yang sangat bagus untuk bertanding dengan Twitch dan YouTube dalam industri livestreaming.

Adakah Facebook bakal menjadi platform streaming terbesar di dunia?

Sumber: New York Times

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+