Neymar mula stream di Facebook Gaming

Platform Facebook Gaming kini makin popular dan sering digunakan oleh streamer di luar sana untuk memperolehi mata pendapatan buat mereka.

Ada juga yang melakukan pekerjaan itu secara sepenuh masa dan ada yang sekadar membuat penstriman sebagai mata pencarian sampingan.

Pemain bola sepak terkenal dari Brazil iaitu Neymar turut berkecimpung di dalam bidang ini.

Menurut beliau, bermain game itu adalah salah satu minatnya selain bermain bola dan beliau tidak sabar untuk berkongsi kegembiraan itu bersama peminat.

Melalui pautan video di atas, Neymar memulakan penstriman pertamanya dengan permainan Squid Game dan juga Counter Strike: Global Offensive.

Penstriman itu berlangsung selama 4 jam. Adakah kita akan dapat melihat lebih ramai pemain bola sepak di luar sana yang akan melakukan perkara yang sama seperti neymar?

Jika anda belum mengikuti Neymar, pastikan anda klik follow di page Neymar Jr. sekarang.

Sumber dan foto: Neymar Jr.

RELATED NEWS

+