“Susah sikit nak stream sekarang ini,” – Soloz

Berikutan isu ramai streamer berhenti melakukan penstriman langsung, kami dari MyGameOn cuba mendapatkan jawapan daripada Soloz.

Soloz atau nama sebenarnya Muhammad Faris Zakaria, menyatakan bahawa penstriman langsung pada ketika ini agak sukar berbanding dulu.

“Setiap streamer akan dinilai dan mempunyai KPI tersendiri yang sudah ditetapkan oleh platform penstriman itu. Sekiranya mereka tidak mencapai KPI itu, maka platform penstriman itu boleh menurunkan gaji mereka,” katanya.

Apabila ditanya kenapa dirinya sekarang ini jarang melakukan penstriman, dia menjawab yang sekarang ini di lebih sibuk melakukan kerja-kerja lain.

“Buat masa ini, saya lebih sibuk melakukan kerja-kerja luar tetapi saya masih melakukan penstriman. Cumanya, dah tak kerap seperti dahulu,” ujarnya.

Soloz juga mengatakan sekiranya boleh dipilih antara kerjayanya yang sekarang ini atau kariernya sewaktu menjadi pemain profesional dalam e-sukan, dia lebih memilih dirinya sewaktu menjadi pemain profesional.

“Sekiranya boleh memilih, saya lebih rindu waktu saya menjadi pemain profesional kerana saya suka bermain game dan melakukan strim,” katanya.

Dia juga menyebut bahawa bidang penstriman ini banyak membantu dirinya sejak permulaan kariernya di industri e-sukan.

“Penstriman langsung banyak membantu saya sejak permulaan karier saya di industri e-sukan. Kalau tiada penstriman, mungkin saya tidak berada di tempat saya sekarang ini,” katanya.

Kami juga sempat bertanyakan pendapat peribadi Soloz mengenai peranti terbaru yang dilancarkan oleh realme.

Duta jenama realme Malaysia itu,  menyatakan bahawa dia amat menyukai telefon pintar realme yang baru dilancarkan, realme GT Neo 3.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by realme Malaysia (@realmemalaysia)

“Semasa saya bermain game di peranti terbaru ini, saya dapat bermain dengan grafik yang paling tinggi.

“Pada ketika itu, saya bermain di tempat yang tidak mempunyai penghawa dingin dan tanpa sebarang gaming  fan, tetapi saya amat kagum apabila peranti ini tidak panas meskipun bermain dengan grafik yang paling tinggi.

Soloz juga menambah bahawa peranti ini mempunyai kapasiti bateri yang besar.

“Macam saya sendiri, tiga sahaja aspek utama saya dalam memilih telefon pintar gaming. Satu mempunyai grafik yang bagus, kedua tidak panas semasa bermain permainan dan yang terakhir mempunyai kapasiti bateri yang besar.

“Kesemua aspek yang saya perlukan itu, ada pada peranti realme GT Neo 3” katanya ketika ditemubual oleh MyGameOn dan realme.

Anda semua boleh membeli telefon pintar ini di realme Flagship Store Lazada atau di kedai rasmi realme.

realme juga menjadi penaja rasmi bagi Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) SEA 2022 dan menganjurkan liga mereka sendiri iaitu realme League 2022.

Apa pendapat anda?

Foto: Intsagram Soloz

RELATED NEWS

+