Apple dan Google menghadapi ancaman rang undang-undang terbaru

Senat Amerika Syarikat sudah memperkenalkan rang undang-undang terbaru yang melindungi hak pembangun dan mencabar dasar yang digunakan oleh aplikasi Apple dan Google.

Seperti pertama kali dilihat oleh CNBC, akta Open App Markets akan melarang aplikasi mewajibkan pembangun menggunakan sistem pembayaran aplikasi mereka sendiri (Appstore dan Google Play Store). Ini bermaksud pembangun bebas menggunakan sistem pembayaran mereka tersendiri.

Undang-undang yang dicadangkan ini juga akan melarang syarikat lain memberikan tawaran kepada pembangun dengan harga yang lebih kompetitif di kedai aplikasi berbeza atau melalui sistem pembayaran pembangun sendiri.

Ianya berkait rapat dengan kes kedua-dua Apple dan Google kini dalam proses tuntutan dengan pembangun permainan video popular Fortnite, yang mencabar model perniagaan yang digunakan oleh syarikat gergasi itu.

Ogos lalu, Apple dan Google sudah mengeluarkan permainan battle royale yang popular itu dari senarai aplikasi mereka selepas Epic mengeluarkan sistem pembayaran langsung ke Fortnite.

Sekiranya undang-undang itu diluluskan, ia akan membolehkan pembangun seperti Fortnite menawarkan barang yang lebih berpatutan melalui transaksi mikro.

Ini adalah sesuatu yang dilakukan oleh Epic Games pada bulan Ogos ketika ia menjadikan mata wang maya, V-Bucks lebih berpatutan jika anda membelinya secara langsung melalui aplikasi Fortnite.

Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.

RELATED NEWS

+