LEGO Group dan Epic Games mahu bina metaverse lego untuk kanak-kanak bermain

LEGO Group dan Epic Games mengumumkan mereka akan membina satu metaverse (alam-meta) lego untuk kanak-kanak dan keluarga.

Satu permainan video yang sangat mendalam, membina kreativiti dan menarik pengalaman digital untuk kesemua pelusuk umur kanak-kanak akan dibina.

“Kami percaya terdapat banyak potensi besar untuk kanak-kanak membina kemahiran sepanjang hayat untuk kreativiti, kolaborasi dan komunikasi melalui pengalaman digital,” kata Niels B Christiansen, Ketua Pegawai Eksekutif LEGO Group.

“LEGO Group sudah lama terpikat dengan imaginasi kanak-kanak dan orang dewasa melalui permainan lego yang hampir satu abad. Kami juga teruja untuk membina alam-meta yang menyeronokkkan, menghiburkan dan dibuat untuk kanak-kanak dan keluarga,” tambah Tim Sweeney, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas, Epic Games.

LEGO Group dan Epic Games bersetuju untuk menjaga tiga prinsip bagi memastikan ia selamat untuk semua.

1. Mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan untuk melindungi hak kanak-kanak.

2. Menjaga hak privasi kanak-kanak.

3. Memperkasakan kanak-kanak dan orang dewasa dengan keupayaan untuk mengawal pengalaman digital mereka.

Sudah lebih 90 tahun LEGO Group menjadi inspirasi untuk ramai orang dan sudah pasti kreativiti ini akan mengeluarkan pelbagai jenis kepelbagaian kreativiti dalam membina.

Adakah alam-meta ini akan menjadi Minecraft dan Roblox seterusnya?

RELATED NEWS

+