Apple kini bersaing di dalam industri gaming

Apple kini menyatakan mereka kini bersaing di dalam industri permainan menyaingi platform permainan lain dan memperoleh pendapatan lebih tinggi berbanding syarikat permainan lain seperti Sony, Microsoft, Nintendo dan Activision.

Sebelum ini, mereka dikatakan hanya menyaingi penndapatan permainan di platform Android dan Microsoft sahaja. 

Apple juga bersaing secara terus di dalam industri permainan melalui platfrom mereka sendiri iaitu Apple Arcade.

Bahkan, mereka juga pernah mencatatkan pendapatan di mana 70% daripada pendapatan mereka di App Store adalah daripada aplikasi permainan. Selain satu pertiga transaksi di dalam pasaran permainan dikawal oleh Apple.

Apple juga sebelum ini melancarkan ciri-ciri permainan pada produk terbaru mereka iaitu iPhone 13 Pro dan Macbook Pro yang mempunyai ciri-ciri permainan iaitu skrin dengan kadar segar semula 120Hz.

Sumber: Apple Insider.

RELATED NEWS

+