Apple dibenarkan untuk tidak sertakan pautan pembayaran pihak ketiga

Permohonan pihak Apple untuk menangguh perubahan pada App Store kini sudah dibenarkan oleh pihak mahkamah, sehingga proses rayuan dimuktamadkan.

Perubahan itu menunjukkan pihak Apple perlu membenarkan pihak ketiga untuk sertakan pautan pilihan pembayaran daripada pihak ketiga di dalam App Store. 

Di dalam dokumen yang diluluskan pihak mahkamah Amerika Syarikat, pihak Apple dibenarkan untuk menangguh untuk melakukan sebarang perubahan pada App Store sehingga proses rayuan daripada pihak Epic Store dimuktamadkan. 

Pihak Apple menyatakan, “kebimbangan kami mengenai perubahan ini ia mampu memberikan risiko terbaru terhadap privasi dan keselamatan, dan boleh mengganggu pengalaman pelanggan App Store.”

Sebelum ini, berikutan kes Apple dan Epic Games, pihak mahkamah sudah memutuskan Apple tidak tidak melakukan sebarang tindakan monopoli atau melakukan tindakan tidak amanah.

Pihak Epic Games, kemukakan rayuan kes.

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA.

RELATED NEWS

+