Apa Yang Korang Perlu Tahu Tentang Apple Arcade – Tarikh Pelancaran, Harga & Senarai Game

Sejak Apple Arcade diumumkan pada Mac lepas, Apple baru-baru ini memberikan pencerahan mengenai servis langganan game akan dilancarkan di 150 negara termasuk Malaysia. 

Apa itu Apple Arcade?

Apple Arcade merupakan servis langganan game mengikut gaya Xbox Game Pass iaitu menawarkan lebih daripada 100 game baru dan eksklusif merentasi ke semua peranti Apple: iPhone, iPad, iPod touch, Mac dan Apple TV tanpa ada iklan atau pembelian dalam game (in-app purchase).

Harga Apple Arcade

Kesemua game dalam Apple Arcade boleh dimainkan secara online ataupun offline. Lebih menarik lagi, Apple Arcade akan sentiasa menambah masuk game baru dan eksklusif pada setiap bulan dalam senarai.

Pelanggan Apple Arcade boleh main satu bulan secara percuma dan boleh menampung seramai 5 ahli melalui langganan keluarga (Family Sharing) dengan harga RM19.90 sebulan.

Senarai game Apple Arcade

Frogger in Toy Town (Q-Games)

Ketika acara kemuncuk Apple Event, Apple memberi tumpuan kepada 3 game yang bakal tersedia untuk servis ini. Antaranya adalah Frogger in Toy Town dibangunkan oleh Q-Games mengembalikan nostalgia melompat-lompat sebagai katak dalam siri game dihasilkan oleh Konami semasa PlayStation 1.

Capcom tampil dengan Shinsekai: Into the Depthsgame eksklusif untuk Apple Arcade dengan kualiti mengikut grafik dan gameplay konsol yang mana mengisahkan seorang penyelam selami pengembaraan indah tetapi berbahaya di dasar laut.

Sayonara Wild Hearts oleh Simigo adalah sebuah game yang digambarkan sebagai “video muzik boleh dimainkan” yang menggabungkan elemen muzik ke dalam perlumbaan pantas seperti menunggang motorsikal. Game aksi ritma ini akan hadir di Nintendo Switch juga, jadi ia mungkin eksklusif untuk Apple bagi tempoh tertentu.

Shinsekai: Into the Depths (Capcom)

Bukan itu sahaja, Apple sempat berkongsi beberapa game yang akan hanya hadir untuk Apple Arcade semasa Apple Event. Berikut adalah 15 game baru dan eksklusif untuk servis langganan game Apple:

  • Ballistic Baseball (Gameloft) – game aksi besbol antara pemukul dan pelempar
  • ChuChu Rocket! Universe (Sega) – ChuChu kembali dengan lebih daripada 100 jenis teka-teki (puzzle) dalam alam indah dan ganjil. 
  • Exit the Gungeon (Devolver Digital) – inspirasi daripada game bertemakan dungeon roguelite, Enter the Gungeon
  • Overland (Finji) – game pengembaraan jalanan yang mana korang menentang raksasa, menyelamatkan pengembara terkandas dan melangsungkan hidup yang berlatarbelakangkan masa pasca apokalips.
  • Pac-Man Party Royale (Bandai Namco) – memperkenalkan mod Battle Mode ala battle royale seramai 4 pemain untuk menentukan siapakah pemenang Pac-Man
  • Projection: First Light (Blowfish) – game aksi fantasi mengikuti perjalanan Greta, seorang budak perempuan dalam dunia dipenuhi dengan bayang-bayang patung mitologi dan dibantu oleh hero daripada budaya-budaya kuno
  • Rayman Mini (Ubisoft) – Rayman mengecut jadi saiz semut dalam siri game berbentuk platformer popular dari Ubisoft.
  • Shantae and the Seven Sirens (WayForward) – game ke-5 dalam siri aksi Shantae dengan kebolehan baru untuk mempertahankan pulau sakti. 
  • Skate City (Snowman) – simulasi papan peluncur dengan kawalan pelbagai sesentuh (multi-touch control) 
  • Sneaky Sasquatch (RAC7) – pemain selami hidup sebagai Sasquatch seperti menyamar, merompak peti ais dan bekal berkelah, bermain golf dan banyak lagi
  • Steven Universe: Unleash the Light – sekuel kepada game berdasarkan kartun asli Cartoon Network yang mana korang boleh main sebagai karakter kegemaran Steven Universe, pilih Gem ke dalam parti, mendapat kebolehan baru dan mengubahsuai kostum dalam game mobile role-playing game (RPG).
  • Super Impossible Road (Rogue Games) – game perlumbaan bola bergolek dalam gelung dengan laju sambil berlatarbelakangkan galaksi futurstik.
  • The Bradwell Conspiracy (Bossa) – game aksi thriller penuh dengan konspirasi yang mencuit hati.
  • The Enchanted World (Noodlecake) – pemain menolong pari-pari muda menyelamatkan dunia magik yang berkecamuk dengan kuasa gelap. 
  • Various Daylife (Square Enix)- dalam game RPG baru dariapda pencipta Bravely Default dan Octopath Traveler, pemain akan mengembara ke benua baru ditemui ketika hidup di bandar Erebia pada tahun 211 Imperial Era. 

Sayonara Wild Hearts (Simigo)

Inilah senarai game yang pernah diumumkan sebelum ini:

  • The Artful Escape (Annapurna Interactive)
  • Atone: Heart of the Elder Tree (Wildboy Studios)
  • Beyond a Steel Sky (Revolution Software)
  • Cardpocalypse (Versus Evil)
  • The Construct (Directive Games)
  • Doomsday Vault (Flightless)
  • Down in Bermuda (Yak & Co)
  • Enter the Construct (Directive Games)
  • Fantasian (Mistwalker)
  • HitchHiker (Versus Evil)
  • Hot Lava (Klei Entertainment)
  • Jenny LeClue (Mografi)
  • Kings of the Castle (Frosty Pop)
  • Lego Brawls (Lego)
  • Lego Arthouse (Lego)
  • Lifelike (Kunabi Brother)
  • Little Orpheus (The Chinese Room)
  • Monomals (Picomy)
  • Mr. Turtle (Illusion Labs)
  • No Way Home (SMG Studio)
  • Oceanhorn 2: Knights of the Lost Realm (Cornfox & Bros.)
  • Overland (Finji)
  • Pascal’s Wager (Giant Games)
  • The Pathless (Annapurna)
  • Projection: First Light (Blowfish Studios)
  • Repair (ustwo games)
  • Sneaky Sasquatch (RAC7)
  • Sonic Racing (Sega)
  • Spidersaurs (WayForward)
  • UFO on Tape: First Contact (Revolutionary Concepts)
  • Where Cards Fall (Snowman)
  • Winding Worlds (Ko_op)
  • Yaga (Versus Evil)

Menurut pemerhatian Ars Technica, Apple bekerjasama dengan seramai 94 pembangun game di seluruh dunia dalam menghasilkan game untuk Apple Arcade.

Antaranya adalah Kurechii yang terkenal dengan game RPG seperti Postknight dan paling terbaru, King’s League II. Walaubagaimanapun, judul game mereka untuk Apple Arcade masih lagi belum diumumkan.

Bila Apple Arcade akan dilancarkan?

Apple Arcade akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia bermula pada 20 September 2019 untuk iPhone, iPad, Mac dan Apple TV.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+