Apple pernah cuba membangunkan iPhone Nano, menurut emel Steve Jobs

Pada 2010, terdapat ura-ura yang menyatakan Apple sedang membangunkan iPhone Nano. Walaupun, masih tiada bukti kukuh untuk itu, satu emel daripada Steve Jobs menunjukkan Apple pernah membangunkan iPhone bersaiz kecil dan mampu milik.

Ditemui oleh The Verge, emel ini dihantar oleh Steve Jobs yang menyenaraikan agenda mesyuarat untuk pembentangan strategi korporat pada 2011. Nota Jobs pada hujung senarai itu menyebut “iPhone Nano plan” termasuk perkataan “cost goal” dan bekas ketua rekaan Apple, Jony Ive dijangka untuk menunjukkan “model atau rekaan” semasa mesyuarat itu.

Di dalam emel yang sama, Jobs ada menyebut di bawah “2011 Strategy” yang menyatakan Apple dalam perancangan untuk menghasilkan “model iPhone mampu milik berdasarkan iPod Touch untuk menggantikan (iPhone) 3GS.” 

Malangnya, ia tidak memperincikan sama ada mendiang pengasas bersama Apple itu merujuk pada iPhone Nano atau peranti yang berbeza.

Sesama awal 2010-an, iPod Nano adalah produk pilihan pengguna. Pada September tahun itu, Apple mengumumkan dan melancarkan iPod Nano generasi keenam, yang menawarkan skrin sentuh, dan membuang roda klik dan tiada kamera atau fungsi playback video. 

Apple kemudiannya menamatkan penghasilan iPod pada 2017 selepas mereka melancarkan warna baru bagi generasi ketujuh dan generasi terakhir iPod Nano.

Walaupun iPhone Nano tidak pernah ‘berbuah’, Apple sudah menghasilkan produk ‘mini’ iaitu iPhone 12 mini dan HomePod mini.

Emel ini adalah salah satu daripada ratusan emel yang dikeluarkan sebagai sebahagian daripada kes Apple dan Epic Games. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+