Artifact Dilancarkan Di Steam – Saksikan Trailer Terbaru Dari Valve

Permainan kad keluaran Valve, Artifact akhirnya dilancarkan di Steam bersama komik baru didatangkan bersama iaitu Call to Arms dan trailer yang menunjukkan beberapa gameplay.

“Kami berharap anda semua (gamers) menikmati Artifact, terutamanya peminat Dota 2 dan peminat permainan berasaskan kad,” kata Gabe Newell yang juga boss Valve.

“Bekerjasama dengan Richard Garfield adalah peluang yang sangat baik untuk semua orang di Valve dan kami ingin terus memperluaskan permainan ini dengannya mengikut maklumbalas dan input dari komuniti,” tambahnya.

Call to Arms adalah sambungan kepada Prelude yang dilancarkan awal minggu ini, memperkenalkan pemain kepada House of the Cunning yang mana ahlinya mempunyai kuasa magis hebat yang boleh menukar sejarah. Valve mengatakan Call to Arms “mencipta satu siri kisah yang akan menukar dunia Dota”. Ini mungkin bermakna akan ada cross-content ataupun kolaborasi bersama antara kedua permainan ini.

RELATED NEWS

+