Siapa sangka DotA masih ada kemas kini walaupun sudah 20 tahun

DotA pada mulanya keluar di Warcraft III sebagai mod pada tahun 2003.

Sedekad sudah berlalu Dota 2 masih meneruskan legasinya dan kini menjadi antara permainan video MOBA paling terkenal di dalam dunia.

Siapa sangka DotA masih mempunyai kemas kini terbaru dan kini dibuat oleh Dracolich.

Walaupun komuniti DotA sudah tidak sebesar dulu, beberapa kemas kini baru turut ditambah dalam DotA seperti Talents, slot Teleportation Scroll, malah hero-hero baru seperti Mars dan Monkey King.

Mungkin tidak ramai lagi komuniti ini yang wujud tetapi anda masih boleh bermain secara rank melalui rankedgaming.com.

Malah komuniti Reddit Dota juga sangat kagum kerana masih ada orang yang sanggup untuk meluangkan masa membuat kemas kini bagi DotA.

Ini menunjukkan DotA masih mempunyai peminat dan sudah semestinya nostalgia bermain LAN di kafe siber menjadi punca ramai mengingati permainan ini.

RELATED NEWS

+