Ash kongsi 5 tips menjadi pemain Mage yang hebat

Setiap pemain MLBB pasti ada pernah mencuba hero mage di samping marksman dan juga jungler. Ini kerana, mage juga mempunyai peranan penting dalam pasukan bagi memastikan tekanan yang diberikan kepada musuh mencukupi untuk pasukan mendapatkan objektif.

Ash atau nama sebenarnya Ashif Halaj Abdul Majid dari RED Esports berkongsi lima tips yang berguna untuk menjadi pemain mage yang hebat bagi memberikan kemenangan kepada pasukan.

POSISI

Menjaga posisi adalah antara perkara yang paling penting sebagai mage.

“Pastikan posisi anda berada di dalam jarak yang selamat untuk mengeluarkan damage secara konsisten. 

“Jika anda berada di dalam keadaan offside, maka anda tidak akan berpeluang untuk membantu pasukan anda seterusnya akan ditumbangkan oleh pihak musuh,” ujar Ash.

PEKA TERHADAP PETA

“Anda harus peka terhadap rotasi yang bakal dilakukan oleh jungler pihak musuh untuk melakukan serangan hendap terhadap anda.

“Ini kerana hero mage sangat mudah untuk ditumbangkan pada minit awal permainan,” kata Ash.

BELI ITEM MENGIKUT SITUASI

Ash berpesan supaya membeli item yang sesuai dengan situasi permainan itu sendiri. 

“Peka terhadap musuh yang boleh menumbangkan kita, beli winter truncheon jika ada hero seperti Hayabusa di pasukan pihak lawan.

“Beli kasut berdasarkan hero musuh yang paling mudah memberikan damage kepada anda. Jika hero fizikal memberikan damage yang banyak maka beli kasut menambahkan pertahanan fizikal,” 

SPELL

“Anda harus peka terhadap kompisisi pasukan dan pilih spell yang paling sesuai untuk digunakan bagi counter pihak lawan.

“Contohnya, jika pihak lawan mengambil Atlas, jadi anda harus memilih spell purify bagi mengelakkan diri anda dari terkena fatal links yang digunakan oleh Atlas,”

Ash mengakhiri perkongsian dengan memberikan tips yang terakhir iaitu peka terhadap nyawa anda dan keadaan semasa.

“Pastikan nyawa anda berada dalam keadaan yang bagus untuk membantu pasukan mendapatkan objektif seperti turtle, tower dan Lord. Jika nyawa anda rendah pada waktu objektif diambil, ia secara tidak langsung akan menyukarkan situasi pasukan anda seterusnya merosakkan rotasi perlawanan,”

RELATED NEWS

+