Assassin’s Creed: Valhalla diumumkan secara rasmi, trailer keluar malam ini

Judul seterusnya dalam siri permainan Assassin’s Creed akhirnya telah diumumkan! Seperti biasa, judul baharu dalam siri ini akan berlangsung pada zaman dan kawasan yang sangat berbeza berbanding judul-judul sebelumnya.

Assassin’s Creed: Valhalla telah diumumkan secara rasmi melalui livestream semalam yang diadakan oleh artis grafik BossLogic. Tajuk tersebut didedahkan pada penghujung livestream tersebut bersama tarikh dan waktu pelancaran trailer pertama untuk permainan tersebut.

Seperti yang dinyatakan dalam tajuknya, Assassin’s Creed: Valhalla nampaknya akan berlangsung pada zaman Viking. Penulis yakin ia juga akan mempunyai elemen-elemen mitos Norse, sama seperti bagaimana Assassin’s Creed: Odyssey mempunyai elemen mitos Yunani.

Trailer pertama untuk judul ini akan dikeluarkan pada 30 April 2020 waktu 11PM (waktu Malaysia). Untuk mendapatkan peringatan apabila video tersebut dimuat naik, anda boleh tetapkan di sini.

Sumber: Ubisoft

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+