Battle royale terbaru, Ghost Recon Frontline didedahkan

Ubisoft mengumumkan permainan barunya, Ghost Recon Frontline, permainan genre battle royale percuma dalam siri Ghost Recon yang sudah lama di pasaran permainan sehingga membina komuniti peminatnya tersendiri.

Ghost Recon Frontline akan menawarkan pelbagai mod permainan, tetapi mod utamanya yang tersedia semasa pelancaran adalah Expedition, mod berskala besar yang melibatkan 102 pemain di mana skuad sebesar tiga pemain menyelesaikan objektif sebelum diekstrak dari medan pertempuran.

Mod Expedition akan menugaskan pemain dengan menyelesaikan objektif dinamik yang tersebar di Pulau Drakemoor, pulau fiksyen permainan dan peta yang tersedia sewaktu pelancaran. Tidak seperti permainan battle royale tradisional, tidak akan ada lingkaran atau zon yang saling bertumpu.

Sebaliknya, pemain mesti meminta pengekstrakan, acara yang pasti akan menarik perhatian pasukan lain yang ingin menghentikan anda dan mencuri barangan anda.

Tidak seperti judul Ghost Recon sebelumnya, Frontline adalah penembak orang pertama (first-person shooter). Namun, itu bukan satu-satunya perubahan formula francais ini. Pemain akan dapat memanggil ‘bantuan taktikal seperti turet automatik, drone layar asap, dan penghadang besar.’ 

Sesuatu yang tidak berubah dari judul Ghost Recon sebelumnya adalah sistem kelas permainan. Walau bagaimanapun, sistem kelas versi Frontline lebih luas daripada sistem kelas yang terdapat di bahagian multi pemain, Wildlands Ghost War. Kemajuan yang diperoleh membolehkan anda menaik taraf watak anda dalam kelas yang anda pilih dengan pelbagai kemahiran bercabang.

Anda boleh mengisi pra-pendaftaran di laman web rasmi permainan ini. Namun, Ubisoft belum mendedahkan tarikh pelancaran permainan ini.

Ghost Recon Frontline akan dilancarkan di  Xbox Series X & S, PlayStation 5, Xbox One, PlayStation 4, PC, Google Stadia, Amazon Luna, dan Ubisoft+.

RELATED NEWS

+