Dalam persidangan Ubisoft Forward, mereka baru-baru ini mendedahkan permainan mudah alih bagi francais Assassin’s Creed.
Kali ini, latar tempat digunakan di China dalam permainan konsep dunia terbuka RPG ini yang diberi nama Assassin’s Creed Codename Jade.
Tidak banyak yang diketahui tentang Project Jade tapi menerusi permainan ini, anda boleh meneroka China Purba yang mana permainan ini dioptimumkan untuk sentuhan jari.
“Buat pertama kalinya dalam permainan dunia terbuka kami, anda boleh mencipta karakter tersendiri,” kata Produser Eksekutif francais, Marc-Alexis Côté.
“Anda boleh parkour di atas Great Wall of China, menyelinap menerusi ceruk bandar, melawan musuh dan menemui misteri China Purba ini,” tambahnya lagi.
Pastinya menarik untuk bermain Project Jade kerana ia adalah permainan bertaraf AAA.
Take Assassin’s Creed everywhere you go with Assassin’s Creed Codename JADE, a AAA RPG action-adventure game for mobile devices set in ancient China.#AssassinsCreed pic.twitter.com/MykzIZdoHR
— Assassin’s Creed (@assassinscreed) September 10, 2022
Sumber rujukan: Gamingonphone