Spesifikasi PC untuk Far Cry 6 didedahkan

Sebulan sebelum dilancarkan, iaitu pada 7 Oktober, spesifikasi PC untuk Far Cry 6 versi PC kini didedahkan. 

Untuk spesifikasi minimum tidaklah terlalu berat, hanya memerlukan cip pemprosess AMD Ryzen 3 1200 atau Intel Core i5-4460 dan kad grafik AMD Radeon RX460 atau Nvidia GeFOrce GTX 960 sahaja.

Dengan RAM minimum 8GB, ia sudah cukup untuk menjalankan permainan dengan kualiti rendah dengan resolusi 1080 dan 30FPS serta tanpa ray-tracing. 

Jika ingin bermain pada resolusi 1440p atau 4K, anda memerlukan AMD Ryzen 5 3600X atau Intel Core i7-9700 bersama AMD RX 5700 XT atau Nvidia RTX 2070 Super bersama 16GB RAM.

Tetapi, jika anda mahu bermain pada tetapan Ultra, anda memerlukan hardware terkini. Anda memerlukan sekurang-kurangnya kad grafik AMD RX 6800 atau Nvidia RTX 3080 bersama CPU sama ada AMD Ryzen 7 5800X atau Intel i7-10700k bersama 16GB RAM.

Far Cry 6 juga salah satu permainan yang menyokong FidelityFX Super Resolution, iaitu teknologi supersampling daripada AMD. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+