Attack on Titan kini hadir ke Call of Duty Vanguard dan Warzone Pacific sebagai kolaborasi

Musim terakhir Attack on Titan sudah pun bermula dan kita bakal melihat kesimpulan anime yang disiarkan lebih kurang 10 tahun lalu. Kini, anda boleh merealisasikan impian anda untuk menyertai Survey Corps di Call of Duty Vanguard dan Warzone Pacific.

Sebuah koleksi yang akan dilancarkan pada 20 Januari akan membawa 10 item Attack on Titan ke Call of Duty Vanguard dan Warzone Pacific.

Antaranya ialah kostum Survey Corps yang diilhamkan oleh Kapten Survey Corps Levi Ackerman, tetapi anda juga akan mempunyai akses kepada tiga blueprint senjata dan pelbagai bonus lagi.

Senjata yang ditawarkan dari koleksi ini adalah SMG “Historia” serta senjata tempur AR “Ymir Curse”.

Kedua-dua senjata ini mempunyai gaya permainan yang berbeza. “Historia” lebih sesuai untuk menembak sambil bergerak pantas, tidak kurang bezanya dengan Survey Corps yang lincah dan pantas mengatasi musuh di siri Attack on Titan. 

Manakala, “Ymir Curse” pula memberi kelebihan kepada pemain yang pandai membidik pada jarak jauh. Senjata ini sesuai menembak pada jarak jauh kerana ia tiada recoil mendatar dan menawarkan 9 konfigurasi berbeza.

Peminat siri Attack on Titan juga akan melihat pelbagai lagi item yang menarik yang diilhamkan dari siri anime itu.

Koleksi ini akan ditawarkan bermula 20 Januari dan bernilai sebanyak 2,400CP, bersamaan dengan AS$19.99 (RM84).

Sumber rujukan: PlayStation

RELATED NEWS

+