Pengakhiran Attack On Titan sebenarnya sudah lama ditulis sejak 2013 – Hajime Isayama

Pengakhiran atau ‘ending’ bagi Attack on Titan sudah lama dirancang sejak siri itu mula dicipta sejak 10 tahun lalu. Penciptanya, Hajime Isayama dalam satu temubual bersama The New York Times mengatakan, dia sudah ada pelan tersendiri untuk pengakhiran Eren dan tetap dengan pendiriannya.

Dia juga menjawab bagaimana pengakhiran anime berlainan dari manga. Berbeza dengan manga, dialog Armin adalah lebih dekat dengan visi asal oleh Isayama.

Dalam dialog itu, Armin berkata “Kita akan bersama, di dalam neraka,” berbanding versi manga, “terima kasih Eren kerana menjadi pembunuh beramai-ramai untuk kami,”.

Katanya, Eren sememangnya akan menjadi mangsa yang akan perlu melalui kisah ini dan bertukar menjadi penceroboh.

“Pada pemikiran saya, Armin tidak menolak Eren atas dasar keadilan atau apa. Dia sebenarnya dari satu sisi, ingin mengambil tanggungjawab bersama. Dia nak menjadi rakan sejenayah.

“Untuk berbuat demikian, Armin perlu menggunakan kata-kata yang ‘mendalam maknanya’ jadi dia boleh bertanggungjawab atas dosa (pembunuhan beramai-ramai) itu juga. Itu adalah niat di sebaliknya,” kata Isayama.

Penulis manga itu juga berkata, agak menarik kalau dia dapat menukar pengakhiran AOT namun, dia tetap ‘terikat’ dengan ideanya yang asal ketika masih muda.

“Manga menjadi satu jenis seni yang ‘menyekat’ pemikiran saya, sama seperti kuasa besar diperoleh Eren yang pada akhirnya ‘menyekat’ pemikirannya,” katanya.

Sumber rujukan: KOTAKU

RELATED NEWS

+