Permainan Call of Duty: Warzone sudah menerima jumlah pemain yang menipu di dalam permainan. Hal ini juga berlaku di Vanguard yang masih di dalam ujian beta.
Hari ini, pihak Activision melalui laman Twitter rasmi Call of Duty, menyiarkan satu mesej yang berbaur amaran buat pemain yang menipu dengan tajuk “Jumpa anda esok”.
See you tomorrow. pic.twitter.com/BAvAGPkTzx
— Call of Duty (@CallofDuty) October 12, 2021
“Kami sukakan pemainan. Itu adalah minat kami. Kami berbesar hati untuk membuat permainan bagi peminat terhebat di dunia. Kami tidak selalunya melakukannya dengan betul, tetapi kami komited untuk melakukan yang terbaik.
“Penipuan menghilangkan keseronokan buat semua. Tiada siapa suka penipu. Matlamat kami adalah untuk membawa keseronokan dan pengalaman permainan yang adil. Untuk pembangun kami, untuk peminat kami dan paling penting untuk para pemain Call of Duty di serata dunia,”
Mesej itu kemudiannya diakhiri dengan ayat yang berbaur ugutan buat penipu “Tiada tolenransi buat penipu dan anda akan tahu apa yang kami maksudkan,”
Isu penipu, penggodam di dalam permainan Call of Duty ini sudah terlalu kerap berlaku. Bahkan pihak Activision sendiri sudah melaksanakan pelbagai usaha untuk menghapuskan isu ini termasuk melaksanakan ‘gelombang sekatan’.
Mungkin melalui mesej yang disampaikan ini, sedikit sebanyak akan memberikan peminat sedikit harapan terhadap permainan ini meskipun masih ramai yang ragu-ragu dengan kemampuan ‘anti-cheat’ Activision.
Call of Duty: Vanguard akan dilancarkan secara rasmi pada 5 November ini di platform Xbox Series X|S, Xbox One, PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC.