Aylrhmn Gaming telah menganjurkan sesi penstriman langsung bertajuk “Amal Stream for Palestin” di mana beliau berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM3,204 untuk disumbangkan kepada pertubuhan bukan kerajaan Aman Palestin."> Aylrhmn Gaming telah menganjurkan sesi penstriman langsung bertajuk “Amal Stream for Palestin” di mana beliau berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM3,204 untuk disumbangkan kepada pertubuhan bukan kerajaan Aman Palestin." /> Aylrhmn Gaming telah menganjurkan sesi penstriman langsung bertajuk “Amal Stream for Palestin” di mana beliau berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM3,204 untuk disumbangkan kepada pertubuhan bukan kerajaan Aman Palestin." />

Aylrhmn Gaming kumpul RM3,200 untuk bantuan amal Palestin

Streamer tempatan Aylrhmn Gaming telah menganjurkan sesi penstriman langsung bertajuk “Amal Stream for Palestin” di mana beliau berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM3,204 untuk disumbangkan kepada pertubuhan bukan kerajaan Aman Palestin.

Sebagai bukti sumbangan tersebut telah dibuat dengan betul, beliau memuat naik resit pemindahan wang kepada Aman Palestin Berhad. Beliau mengucapkan terima kasih kepada para penyokongnya yang telah menyumbang stars kepadanya semasa bulan Ramadhan.

Aylrhmn atau nama sebenarnya Mohd Nazzrul Rahman Myrlizam telah ditampilkan dalam MyGameOn sebelum ini. Beliau merupakan streamer yang juga menggunakan pendapatan penstriman langsungnya untuk menampung kos perubatan isterinya.

Perkara sebegini membuktikan sekali lagi bahawa menjadi seorang streamer bukan sahaja satu pilihan kerjaya yang menarik tetapi ia juga mampu dijadikan sebuah cara untuk kita menyumbang kepada golongan yang memerlukan bantuan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+