Mohd Nazzrull Rahman Myrlizam atau Aylrhmn dikenali ramai sebagai streamer permainan video konsol dan banyak lagi permainan video lain.
Aylrhmn juga mulakan karier stream untuk menanggung kos perubatan arwah isterinya.
Baru-baru ini Aylrhmn memuat naik satu hantaran di Facebook mengenai kehilangan nikmat bermain permainan video.
Aylrhmn buat keputusan mahu berhenti menjadi streamer dan setakat ini masih belum ada apa-apa maklumat jika dia berhenti terus atau hanya sementara sahaja.
Dia juga mengucapkan terma kasih kepada semua orang yang pernah menyokongnya sepanjang tiga tahun dalam bidang ini.
Ramai netizen dan peminat memberi sokongan dan kata-kata semangat kepadanya.
Apa-apa pun moga maju jaya untuk Aylrhman dan jangan pernah patah semangat!
Terima kasih kerama pernah menghiburkan kami dalam dunia streaming permainan video di Malaysia.