BabyGlitch membuat alat kawalan permainan video untuk bayi gigit

Sesuai untuk para gamers yang mempunyai anak yang selalu gigit alat kawalan permainan video anda.

Ramai banyak membuat aduan apabila anak-anak kecil mereka suka menggigit alat kawalan permainan video mereka.

BabyGlitch kini mengeluarkan produk untuk para gamer bayi yang membawa replika alat kawalan Nintendo, PlayStation dan Xbox.

Semua alat kawalan ini diperbuat daripada silikon yang bebas BPA dan mudah untuk dibasuh.

BabyGlitch Kids Controller, Gamer Parents Rejoice! | Indiegogo

Malah joystick yang ada juga boleh digerakkan dan butang-butang alat kawalan itu boleh ditekan seakan alat kawalan sebenar.

Ketika ini BabyGlitch sudah berjaya mendapat bantuan Kickstarter sebanyak AS$8,000 dan memberitahu mereka adalah yang pertama membuat produk bayi yang berdikasi dari para gamer ke gamer yang lain.

Malah produk ini bukan sahaja untuk bayi, tetapi untuk anda yang bukan bayi gunakan sebagai fidget toy.

Harap-harap produk seperti ini akan ada di Malaysia nanti.

RELATED NEWS

+