Baldur’s Gate 3 dianugerahkan Game Of The Year di The Game Awards 2023 – tujuh Anugerah disambar BG3

Baldur’s Gate 3 kini pemilik anugerah Game Of The Year di The Game Awards 2023.

Ia menjadi antara permainan video paling berjaya dengan genre Computer Role Playing Game (CRPG) dan dibangunkan oleh Larian Studios.

Tidak mengejutkan Baldur’s Gate 3 menang dan mengalahkan barisan permainan video lain yang juga hebat untuk tahun ini.

Calon-calon Game of The Year:

  • Alan Wake 2
  • Baldur’s Gate 3 = Pemenang
  • Marvel’s Spider-Man 2
  • Resident Evil 4 Remake
  • Super Mario Bros. Wonder
  • The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom

Baldur’s Gate 3 juga menyambar enam kategori lain iaitu RPG Terbaik, Sokongan Komuniti Terbaik, Pelakon Prestasi Terbaik iaitu Neil Newbon, Multiplayer Terbaik dan Suara Pemain di mana 100% adalah dari hasil undian.

Pada awalnya ramai mengatakan permainan ini susah untuk menarik minat orang ramai disebabkan genrenya.

Tetapi Baldur’s Gate membuktikan tidak mengira genre jika permainan itu bagus ramai akan main.

Untuk pengetahuan orang ramai, Baldur’s Gate 3 juga dibantu oleh ramai pekerja berbakat dari Malaysia sendiri.

Larian Studios mempunyai studio mereka sendiri di Malaysia dan telah bertapak dari tahun 2019.

Tahniah buat semua yang terlibat dengan Baldur’s Gate 3 dan Larian Studios!

RELATED NEWS

+