Berevolusi dengan ROG Phone 6 bertemakan Yu Zhong Mobile Legends: Bang Bang

ASSU Republic of Gamers (ROG) hari ini mengumumkan edisi terhad ROG Phone 6 dan 6D bertemakan Yu Zhong dari Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

ROG juga bakal menjadi penganjur utama untuk Mobile Legends: Bang Bang M5 World Championship 2023 nanti.

Hero Yu Zhong adalah tema untuk ROG Phone 6 kerana penceritaan dan perangai Yu Zhong yang sangat mengena dengan jiwa ROG.

Telefon ini akan menggunakan skrin 165Hz dengan prosesor Snapdragon 8+ Gen 1 Mobile Platform (ROG 6) atau MediaTek Dimensity 9000+(ROG 6D) paling baru.

ROG 6D hanya akan dikeluarkan di Indonesia sahaja.

Untuk setiap pembelian anda juga akan memperoleh beberapa aksesori edisi terhad MLBB M5 seperti DEVILCASE Yu Zhong, pemegang lencana, kain pembersih skrin MLBB, dan penyejuk AeroActive Cooler 6.

ROG Phone 6 MLBB M5 Special Edition boleh dibeli di Malaysia mulai 12 Oktober ini.

Anda boleh menghubungi wakil ASUS di kawasan anda untuk maklumat lanjut.

RELATED NEWS

+