Sampai di sini sahaja buat skuad Malaysia Overwatch World Cup 2023 – cubaan yang baik

Kini sudah berakhir pejalanan Pasukan Overwatch 2 Malaysia di kelayakan Overwatch World Cup 2023 Asia Pasific Conference.

Image

Barisan pemain-pemain Pasukan Overwatch 2 Malaysia adalah j003, gameprodude, QiXMico, Fantasy, GeminiX, Numinoz dan WANNABEE.

Kelayakan ini sudah bermula sejak 23 Jun dan berakhir pada 1 Julai lalu.

Pasukan Malaysia mendapatkan tempat kelima dalam Kumpulan B dan berlawan dengan Singapura, Indonesia, Thailand, New Zealand dan Australia.

Kemenangan tunggal skuad Malaysia adalah perlawanan dengan Singapura dengan kemenangan 2-0.

Australia menjadi juara Kumpulan B selepas memenangi kesemua perlawanan mereka ketika kelayakan.

Pasukan Malaysia juga adalah pasukan yang masih baharu lagi kerana pasukan sebelum ini bermain pada tahun 2016 dan 2019.

Walaubagaimanapun, selamat maju jaya untuk pasukan Overwatch 2 Malaysia kerana perjalanan masih jauh.

Kita cuba lagi tahun hadapan!

RELATED NEWS

+