Bali Major Dota 2 akan dianjurkan di AYANA Estate, Bali

Pertandingan Major Dota 2 kali ini adalah yang terakhir akan diadakan tahun ini sebelum The International 12.

Major adalah peluang terakhir untuk pasukan membuktikan mereka layak untuk ke The International 2023.

Sebanyak 18 pasukan dari seluruh dunia akan bertanding untuk membawa pulang hadiah sebanyak AS$500,000 (RM2 juta) wang terkumpul.

Pasukan-pasukan ini bakal mengumpul mata DOTA Pro Circuit (DPC) untuk menempah slot The International.

AYANA Estate pula bakal menjadi lokasi untuk Bali Major kali ini bermula dari 7 sehingga 9 Julai ini.

AYANA Villas Bali, Jimbaran – Updated 2023 Prices

AYANA Resorts mempunyai fasiliti yang canggih untuk menampung jumlah pasukan dan juga memberikan tempat berlawan yang terbaik untuk pertandingan sebesar ini.

Pertandingan ini diselenggarakan oleh IO Esports bersama pengeluar ekosistem Epulze.

Buat peminat tegar anda juga boleh menonton Bali Major di AYANA Estate ataupun secara atas talian dari kediaman sendiri.

RELATED NEWS

+