“Ban Franco dan Claude,” – Jurulatih RSG PH

Menerusi sebuah hantaran Instagram esportsid, jurulatih RSG PH, Giee, menyatakan bahawa mereka banyak belajar mengenai draft pasukan RRQ Hoshi sewaktu pertemuan kali pertama menentang pasukan itu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Esports ID (@esports_id)

“Dalam pertemuan pertama kami dengan RRQ, kami banyak belajar tentang draf kami. Kami menguji permainan kami dalam perlawanan satu dan dua.

“Akhirnya kami menyedari hero terkuat mereka adalah Franco dan Claude. Dari situ, kami semakin yakin dan percaya dapat menewaskan mereka dalam perlawanan Grand Final,” katanya.

Sememangnya, sudah dapat dilihat dari sudut drafting di pusingan akhir, RSG PH tidak membiarkan RRQ Hoshi mendapatkan hero Franco dan Claude walaupun mereka terpaksa melepaskan Xavier dan Akai.

Boleh jadi juga pertemuan pertama antara RSG PH dan RRQ Hoshi hanyalah sekadar ujikaji sahaja agar RSG PH dapat membaca strategi mereka.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada RSG PH!

Foto: esportsid

RELATED NEWS

+