Barcelona FC tubuh pasukan League of Legends

Barcelona FC antara kelab bola sepak terbesar di dunia kini sudah menyertai sisi kompetitif League of Legends.

Kelab Sepanyol ini membuat pengumuman di Twitter rasmi mereka.

Barcelona kini akan menjadi sebahagian daripada Superliga yang juga liga League of Legends terbesar di Sepanyol bermula Januari 2022.

Banyak pasukan lain juga bakal menyertai Professional Video Games League (LVP) seperti Vodafone Giants, UCAM Esports Club, Movistar Riders, G2 Artic dan MAD Lions Madrid.

Sebelum ini Barcelona sudah mempunyai pasukan e-sukan mereka sendiri untuk eFootball, Rocket League dan Hearthstone.

RELATED NEWS

+