Battlefield 2042 akan mengembalikan karakter dari Battlefield 4

Battlefield 2042 adalah naratif terbesar yang akan mengembalikan karakter dari Battleship 4, yang ditampilkan sebagai pakar yang boleh dimainkan.

Exodus, filem pendek yang ditayangkan oleh EA dan Dice, memperlihatkan kejadian yang mencetus perang sivil No-Pat di dalam Battlefield 2042. Filem itu menyatukan kembali peminat bersama Kimble Graves yang biasanya dikenali sebagai Irish.

Irish, dilakonkan oleh Micheal K. Williams, pakar kelima yang didedahkan untuk Battlefield 2042, yang akan sertai roster karakter lain seperti, Webster Mackay warga kelahiran Kanada, Maria Falck medik veteran, jurutera pakar Pyotr “Boris” Guskovsky, dan lone-wolf Wikus “Casper” Van Daele.

Seperti pakar lain, Irish akan disertakan bersama gajet dan sifat tersendiri. Peminat yang memilih untuk bermain karakter veteran, akan mendapat akses sistem pertahanan dan sifat veteran.

Selain itu, Dice juga mengesahkan akan memperkenalkan lima lagi pakar sebelum dilancarkan 15 Oktober ini.

Peminat yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai naratif Battlefield 2042, anda boleh layari SINI.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+