Parodi Battlefield 2042 dilancarkan di Steam dengan ulasan baik

Riverside Sports melancarkan Clownfield 2042, parodi Battlefield 2042 serta maklumat lanjut tentang mod permainan berbilang pemain yang berbeza.

Pemain yang mendalami Clownfield 2042, sebagai contoh, boleh mengharapkan peta yang dipenuhi dengan cuaca hambar dan kejadian yang biasa-biasa sahaja. Sementara itu, sistem AI musuh yang ‘mudah’ akan mencukupi untuk keperluan pengalaman penembak orang pertama poli rendah.

Idea permainan ini muncul selepas pelancaran Battlefield 2042 yang sungguh mengecewakan dan penuh kontroversi kerana status permainan yang sangat bermasalah. Ia juga menerima status sebagai 10 permainan yang tercorot di Steam.

Permainan Battlefield terkini mengalami masalah dari segi prestasi di semua platform serta mempunyai banyak isu grafik.

Sekurang-kurangnya, DICE cuba menambah baik pengalaman dengan mengeluarkan banyak tampung selepas pelancaran dan menjanjikan pembaikan tambahan pada tahun akan datang.

Battlefield 2042 dilancarkan pada pertengahan November dan ia menandakan perbezaan yang ketara daripada judul terbaru francais yang lain. Battlefield baharu tidak mempunyai unsur cerita tersendiri tetapi ceritanya boleh difahamkan dari sedutan treler yang pelbagai di YouTube.

Yang menimbulkan rasa tidak puas hati ramai peminat lama, Battlefield 2042 juga meninggalkan sistem Class lama demi sesuatu yang mempromosikan Specialist.

Dengan penerbit Electronic Arts merancang untuk mengembangkan lagi alam Battlefield dengan visi baharu yang diketuai oleh Vince Zampella, adalah selamat untuk menganggap francais itu tidak akan berhenti membuat pelarasan kepada formula asas dalam masa terdekat.

Anda boleh mendapatkan Clownfield 2042 di Steam dengan harga RM3 sahaja.

Sumber: Steam

RELATED NEWS

+