Battlefield V Menjanjikan Customization Yang Lebih Badass Kepada Pemain

Battlefield V akan dilancarkan pada 19 Oktober ini. Selain kembalinya mod co-op, mod baru lain, Grand Operations dan tiada PAS PREMIUM, pemain selama ini mendambakan ciri yang paling penting iaitu: Customization.

Untuk mengharungi medan peperangan dengan senjata yang betul adalah penting. Tapi untuk menawan medan pertarungan dengan gaya macam badass mesti lah lagi seronok! Battlefield V akan menawarkan customization yang lebih banyak dari judul lain dalam francais Battlefield, membuatkan pemain rasa seperti menjadi askar yang bertarung.

Selain itu DICE berulang kali mengutamakan komuniti dengan ketiadaan PAS PREMIUM, bermakna semua pemain mempunyai akses untuk peta dan mod sama. 

Battlefield V akan dilancarkan di seluruh dunia pada 19 Oktober ini di Xbox One, PlayStation 4 dan Origin untuk PC. Seiring dengan pengumuman ini, nantikan diskaun bagi judul Battlefield lain sementara menunggu keluaran kelima ini dibuka untuk pra-tempah

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+