Battlefield 2042 menawarkan 5 mod klasik, 2 peta ikonik akan kembali

Battlefield 2042 akan dikeluarkan secara rasmi pada EA Early Access dalam masa dua hari. Walaubagaimanapun, aplikasi pembina Portal Battlefield dalam talian sudah dilancarkan lebih awal untuk semua pemain.

Sedutan dibawah menunjukkan kepelbagaian tetapan yang boleh disuaikan sesuka hati pemain.

Catatan blog rasmi juga mendedahkan jenis pilihan yang boleh anda temui dalam Portal Battlefield – dengan mod Conquest Large, Conquest, Rush, Free-For-All dan Team Deathmatch sebagai titik permulaan.

“Bermula pada pelancaran, kami akan mempunyai pengalaman tetap secara langsung dalam permainan yang membolehkan anda menghidupkan semula peta klasik ini, di samping pasukan klasik mereka, dilengkapi dengan senjata, alat dan kelas yang menghidupkannya,” kata EA.

Selain itu, akses ke Battlefield Portal ini juga mendedahkan beberapa peta yang ditawarkan kepada pemain pada hari pelancaran. Ini antara peta yang boleh dimainkan di Battlefield 2042 mod Large Conquest:

  • Breakaway
  • Discarded
  • Hourglass
  • Kaleidoscope
  • Manifest
  • Orbital
  • Renewal

Perlu diingatkan bahawa Large Conquest tidak disokong pada semua pelantar. Kami jangka ia hanya disokong pada pelantar PlayStation 5, Xbox Series X & S, dan PC.

Peta lain yang terdapat juga seperti:

  • Battle of the Bulge
  • Arica Harbor
  • Valparaiso
  • El Alamein
  • Norshahr Canals
  • Caspian Border

Bagi peminat siri Battlefield, mereka pasti mengenali nama dua peta terakhir pada senarai di atas. Ini kerana mereka adalah peta ikonik siri ini yang berasal dari permainan Battlefield 3.

Battlefield Portal juga menawarkan pemain pelbagai pilihan untuk menetapkan apa-apa ciri yang disukai. Antara ciri yang boleh ditetapkan ialah jumlah pemain, senjata yang dipilih, jenis pasukan dan lain lagi.

Tangkap layar di bawah menunjukkan contoh tetapan senjata apabila memilih pasukan era Battlefield 3 menentang pasukan era Battlefield 1942

Di samping itu, pemain juga boleh menetapkan secara halus pengalaman Battlefield mereka melalui tetapan Modifiers seperti dilihat di bawah.

Battlefield 2042 akan dilancarkan di pelantar PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X &S, dan PC pada Early Access bagi yang membeli Gold Edition atau Ultimate Edition atau melanggan EA Play Pro pada 12 November.

Bagi yang membeli Standard Edition, mereka dapat menikmati permainan ini pada 19 November.

RELATED NEWS

+