Bekas pemain ini kembali sebagai jurulatih T1 Academy

Selepas enam tahun berhijrah daripada pasukan SK Telecom T1 pada 2014, Piglet kini pulang ke ganggang sebagai jurulatih di T1 Academy.

Chae “Piglet” Gwang-jin yang kini berusia 27 tahun, kembali semula ke arena League of Legends selepas mengumumkan bersara daripada pentas profesional pada 2019.

Dia kini menjadi jurulatih bagi posisi bot-lane

Sebelum berehat, dia berhijrah ke Amerika Utara dan bermain untuk Team Liquid yang sebelum itu dikenali sebagai Team Curse selama tiga tahun dan pernah memenangi tempat pertama ketika Summer Split NA LCS pada 2015.

Kemudian, dia berhijrah ke Clutch Gaming pada 2018.

Namun, gagal untuk memenangi sebarang kejohanan ketika itu sebelum mengumumkan persaraan pada 2019. 

Sumber: Dot Esports

RELATED NEWS

+