Wild Rift bakal tambah 4 champions baharu

Wild Rift kini akan menambahkan empat champions baharu dari League of Legends ke Wild Rift.

Kemaskini 3.4 akan bermula 15 September ini.

Champion

Gwen

Gwen akan membuat kemunculan sulung ke Wild Rift.

Dia juga terkenal sebagai salah satu baron laner AP yang boleh keluar dan masuk ketika berlawan.

Yone

Yone, the Unforgotten - League of Legends

Abang kepada Yasuo, Yone akan kembali ke Wild Rift selepas Gwen.

Yone boleh dikatakan antara midlane champion yang memerlukan pengetahuan dan mekanik yang tinggi untuk bermain.

Warwick

Warwick, the Uncaged Wrath of Zaun - League of Legends

Warwick antara jungler terkenal dalam League of Legends akan membuat kemunculan pertama di Wild Rift.

Dia mempunyai kebolehan untuk mengejar musuh-musuh yang mempunyai HP yang rendah.

Vex

Vex, the Gloomist - League of Legends

Antara Champion yang baru dalam League of Legends ini akan dikeluarkan ke Wild Rift.

Vex adalah Champion yang menjadi orang bawahan Viego dan kini membuat kerjanya sendiri jauh dari Viego.

Empat kemunculan champions ini bakal mengubah meta Wild Rift nanti.

Dua hero midlane, satu baron laner dan satu jungler ini bakal menjadi perhatian ramai untuk kemaskini akan datang.

Beberapa item baharu juga akan ditambah untuk kemaskini ini.

Mod 1v1 juga akan ditambah untuk buktikan anda pemain terbaik.

Sudah semestinya acara baru juga akan ditambah dengan Wild Pass baharu dan skin Superhero Jayce.

Nantikan kemaskini terbaru ini bermula 15 September ini.

RELATED NEWS

+