Tyler1 mengatakan pemain League of Legends yang bermasalah membuatkannya jatuh sakit

Tyler1 adalah streamer League of Legends paling popular di Twitch sehingga Riot Games sendiri menghantar barang eksklusif kepadanya.

Walaupun Tyler1 diminati ramai, dia sangat terkenal dengan sifat baran yang selalunya lucu untuk dilihat.

Tyler1 baru-baru ini juga mengatakan ahli pasukan League of Legends ketika bermain membuatkannya jatuh sakit.

Mungkin ini hanya kebetulan katanya tetapi setiap kali dia bermain dengan pemain yang bermasalah dia akan mengalami sakit kepala dan sakit perut.

Tyler1 juga banyak mengeluarkan kenyataan dan kritikan yang kuat untuk League of Legends.

Semua orang tahu, hal ini kerana Tyler1 sangat menyayangi League of Legends dan hanya mahukan yang terbaik.

RELATED NEWS

+