Beta terbuka Mortal Shell telah berakhir, mencapai lebih daripada 5 juta tontonan di Twitch

Cold Symmetry telah mengumumkan bahawa beta terbuka permainan video mereka Mortal Shell telah berakhir dan mereka juga berkongsi beberapa statistik mengenai beta tersebut.

Menurut statistik daripada Cold Symmetry, lebih daripada 350,000 pemain mencuba beta terbuka tersebut dan penstriman langsung permainan video itu mencapai lebih daripada 5 juta tontonan di Twitch.

Satu statistik lucu yang dikongsikan oleh mereka ialah para pemain membelai kucing dalam beta terbuka tersebut lebih daripada 150,000 kali.

Beta terbuka Mortal Shell bermula pada awal bulan Julai di Epic Games Store. Pemain diberikan peluang untuk mencuba sistem pertarungan permainan video tersebut dalam beberapa lokasi menarik. Terdapat juga musuh bos yang mencabarkan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+