Epic Games Store), PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One."> Epic Games Store), PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One." /> Epic Games Store), PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One." />

Mortal Shell akan dilancarkan di PC, PS4, dan Xbox One pada 18 Ogos

Playstack telah mengumumkan bahawa permainan video terbitan mereka Mortal Shell akan dilancarkan pada 18 Ogos ini. Ia akan tiba di PC (Epic Games Store), PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Mortal Shell merupakan sebuah permainan video Souls-like yang dibangunkan oleh Cold Symmetry. Pada pertengahan bulan Julai, sebuah beta terbuka diadakan di PC dan lebih daripada 350,000 pemain telah menyertainya.

Judul ini boleh dipra-tempah di Epic Games Store pada harga AS$16.24 (RM68) dan pada waktu ini, ia masih belum disenaraikan di PlayStation Store Malaysia. Bagi pemain PC yang lebih gemar menggunakan Steam, Mortal Shell hanya akan tiba di Steam pada tahun depan.

Jika anda merupakan peminat permainan video yang mempunyai persamaan dengan siri Dark Souls, Mortal Shell mungkin sebuah permainan video yang anda akan suka.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+