Champion eFootball dijadualkan akan sepak mula pusingan pertama mereka pada 9 September ini dengan memperlihatkan persaingan eFootball, antara kelab-kelab Asia Tenggara, antaranya kelab rival JDT FC dan Persib Bandung.
Bagi pusingan pertama Kategori STAR, akan memperlihatkan wakil Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Mohamadou Sumareh akan menentang Beckham Putra daripada Persib Bandung.
Champion eFootball ini akan mempertandingkan dua kategori iaitu Kategori STAR dan Kategori ELITE.
Bagi Kategori STAR, ini adalah kategori yang didedikasikan untuk bintang bola sepak. Di mana seorang bintang akan mewakili kelab mereka. Perlawanan antara bintang JDT FC dan Persib Bandung ini akan menjadi tarikan utama kejohanan ini.
Manakala, kategori ELITE akan memberi perlawanan daripada kelab-kelab utama bola sepak Asia Tenggara. Bagaimanapun, bagi kategori ini, kelab-kelab ini akan diwakili pemain-pemain e-sukan profesional. Jadi para peminat boleh menantikan permainan yang penuh skil dan pelbagai aksi menarik.
Kejohanan eFootbal PES 2021 Season Update anjuran KONAMI ini di mana setiap kelab bola sepak akan bersaing untuk memenangi prizepool sehingga RM38,000.
Kejohanan ini akan berlangsung selama lima minggu bermula 9 September ini, dan akan ditayang pada jam 7 malam waktu tempatan, secara langsung di saluran YouTube CeF dan Facebook CeF.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi mereka di SINI.