Metal Gear Solid mungkin akan tiba ke PlayStation 5 hujung tahun ini

Kisah pembuatan semula (remake) Metal Gear Solid melangkah ke tahap berikutnya selepas penyanyi serta penulis lagu Ireland, AVA, mengesahkan bahawa beliau menulis lagu baru untuk permainan PlayStation yang akan diumumkan pada Krismas.

Jadi, kepada yang belum tahu, perlu dijelaskan bagaimana kita menghubungkan titik antara Metal Gear Solid dan Éabha McMahon atau lebih dikenali sebagai AVA.

Ketika kredit permainan ditayangkan di skrin, lagu berjudul The Best is yet To Come dimainkan. Lagu ini ditulis oleh Rika Muranaka dan didendangkan oleh Aoife Ní Fhearraigh dalam bahasa Ireland, ia adalah lagu ikonik yang kembali dalam Metal Gear Solid 4: Guns of the Patriots sebagai entri lagu di iPod dalam permainan.

Ketika diminta untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai projek itu, AVA menjelaskan bahawa McGlynn menghubunginya dan mengatakan bahawa beliau ‘menulis muzik untuk pembuatan ulang permainan PlayStation’, dan bahawa mereka sedang mencari ‘karya bahasa Ireland’.

AVA terbabit dalam menulis lirik bahasa Ireland untuk beberapa muzik dalam permainan remake ini. Bukan itu sahaja nampaknya, permainan ini akan diumumkan secara rasmi ‘pada Krismas’. Walaupun AVA tidak terlalu biasa dengan permainan, beliau sedar bahawa ini adalah permainan ‘besar’.

Selain Metal Gear Solid, permainan lain seperti Chrono Cross, Xenogears, Xenoblade dan lain lagi turut diacah. Namun, kita hanya mampu menunggu sehingga Krismas untuk mengetahui permainan ini.

RELATED NEWS

+